Pendidikan rendah di Malaysia
Pendidikan rendah di Malaysia

Pendidikan rendah di Malaysia

Pendidikan rendah di Malaysia adalah program pendidikan yang ditawarkan kepada kanak-kanak bermula umur tujuh tahun dan berterusan sehingga mereka mencapai umur 12 tahun[1]. Ini merupakan peringkat pendidikan secara formal pertama yang akan dilalui oleh kanak-kanak di Malaysia, walaupun terdapat sebahagian daripada mereka telah mengakhiri pendidikan prasekolah sebelum itu.Pendidikan rendah di Malaysia dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Pendidikan rendah merupakan pendidikan wajib yang perlu diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia apabila mereka mencapai umur yang diperlukan[2]. Proses pendaftaran kanak-kanak ke pendidikan rendah bermula apabila mereka mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari[2].Terdapat dua jenis aliran pendidikan rendah yang dikendalikan di sekolah-sekolah kerajaan iaitu aliran perdana bagi murid-murid biasa dan aliran pendidikan khas bagi murid-murid berkeperluan khas. Bermula tahun 2021, murid-murid Tahun 6 tidak lagi menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sebaliknya prestasi mereka sepanjang sesi persekolahan rendah dinilai berdasarkan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang ditambahbaik[3]. Selain sekolah kerajaan, terdapat juga sekolah swasta, persendirian dan antarabangsa yang mengendalikan program pendidikan rendah di Malaysia.